“Dia pun nak beraya tu…,” rakaman lembaga putih curi perhatian netizen

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan entiti dipercayai ‘lembaga putih’ tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Ikhwan95 yang memaparkan satu susuk putih di kawasan gelap pada waktu malam.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian serta kesahihan entiti tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar lembaga, pantulan cahaya atau sekadar kandungan rekaan.

Menerusi kapsyen yang disertakan, individu berkenaan berseloroh dengan menyatakan, “Baru turun ‘airplane’ 3 Syawal,” sekali gus menambahkan elemen humor dalam perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat lebih terhibur berbanding takut, apatah lagi dengan penggunaan bunyi latar yang tidak menyeramkan.

Selain itu, ada juga netizen yang mengaitkan kemunculan entiti tersebut dengan suasana Syawal, dengan berseloroh bahawa ‘lembaga’ berkenaan turut ingin menyambut Hari Raya.

Perkongsian itu sekali lagi menunjukkan bagaimana kandungan berunsur misteri kini sering dijadikan hiburan ringan di media sosial, meskipun kesahihannya masih menjadi tanda tanya. MYBERITA

BACA JUGA:  ‘Abang dapat 5A!’, pelajar rai keputusan SPM di pusara keluarga undang rasa sebak
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...