Khamis | 08/10/2026 | 9:20:35 am
HomeNasionalNegeriTrak penuh tikus tular di tarik keluar, JKN Negeri Sembilan tampil beri...

Trak penuh tikus tular di tarik keluar, JKN Negeri Sembilan tampil beri penjelasan

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan memberi jaminan kawasan premis makanan di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) arah utara di negeri ini berada dalam keadaan bersih dan terkawal.

Pengarah JKN Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan susulan penularan video berdurasi 17 saat di media sosial yang mendakwa sebuah trak makanan dipercayai milik salah seorang peniaga di R&R berkenaan dipenuhi tikus.

Menurutnya, hantaran tersebut turut mendakwa trak berkenaan digunakan sebagai stor untuk menyimpan bahan makanan kering, namun keadaan trak yang dipaparkan dalam video itu kelihatan seperti sudah usang dan tidak lagi digunakan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|