Selasa | 06/10/2026 | 7:57:01 am
HomeEkonomiRinggit dijangka diniagakan RM4.08-RM4.09 susulan data ekonomi Amerika Syarikat

Ringgit dijangka diniagakan RM4.08-RM4.09 susulan data ekonomi Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka bergerak dalam julat RM4.08 hingga RM4.09 berbanding dolar AS hari ini susulan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) selepas beberapa data ekonomi negara itu mencatat prestasi lebih baik daripada jangkaan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi ringgit turut dipengaruhi penilaian semula pasaran terhadap kemungkinan perubahan kadar faedah AS, terutama selepas data pasaran buruh menunjukkan perkembangan positif.

“Pasaran menilai semula pendirian terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah pada Oktober, namun ia belum diketepikan sepenuhnya berikutan data pasaran buruh yang positif,” katanya kepada Bernama.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|