Khamis | 01/10/2026 | 8:17:31 pm
HomeHiburanFazley Yaakob nafi dakwaan sudah bertunang dengan Datuk Vida

Fazley Yaakob nafi dakwaan sudah bertunang dengan Datuk Vida

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjelaskan hubungannya dengan usahawan sensasi, Datuk Hasmiza Othman atau Datuk Vida masih belum sampai ke fasa pertunangan seperti yang tular di media sosial.

Fazley berkata, mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing, manakala dakwaan mengenai pertunangan itu dipercayai sekadar gurauan daripada pasukan kandungan media sosial Datuk Vida.

“Kami belum bertunang. Saya rasa pasukan kandungan Vida yang bergurau dengan netizen,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan hubungan berkenaan sedang menuju ke arah yang lebih serius, malah berharap orang ramai mendoakan perancangan mereka.

“Sudah tentu kami dalam perancangan untuk ke fasa yang lebih serius. Doakan kami berdua,” ujarnya.

Terdahulu, dakwaan Fazley dan Datuk Vida sudah mengikat tali pertunangan tular di media sosial sehingga mencetuskan perhatian netizen.

Fazley menjelaskan mereka kini masih mengambil masa untuk mengenali antara satu sama lain sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan hubungan tersebut.

– Utusan Malaysia

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 1 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|