Selasa | 06/10/2026 | 8:59:07 am
HomeBelasungkawa"Biarkan Tun menjadi seorang suami yang merindui isterinya" - Rita Rudaini

“Biarkan Tun menjadi seorang suami yang merindui isterinya” – Rita Rudaini

KUALA LUMPUR – Masyarakat diminta memberi ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melalui fasa kesedihan selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pelakon Rita Rudaini berkata, orang ramai perlu memahami bahawa di sebalik sosok negarawan yang dikenali ramai, Dr Mahathir kini sedang berdepan kehilangan insan yang menemaninya selama puluhan tahun.

“Berilah Tun ruang untuk berduka. Biarlah Tun menjadi seorang suami yang sedang merindui isterinya. Biarkan Tun berdiri di sisi pusara itu dengan tenang. Biarkan Tun berdoa, mengenang dan merindui,” Rita Rudaini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|