Selasa | 06/10/2026 | 8:10:47 am
HomeJenayahDakwaan salah laku tular, KPM henti serta-merta program penceramah bebas di sekolah

Dakwaan salah laku tular, KPM henti serta-merta program penceramah bebas di sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah segera menghentikan semua program sekolah membabitkan seorang penceramah bebas susulan dakwaan serius mengenai kelakuan tidak wajar terhadap murid yang kini tular di media sosial.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, arahan berkuat kuasa serta-merta itu dibuat bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dijalankan terhadap dakwaan berkenaan.

Menurutnya, KPM turut diarahkan mendapatkan maklumat lanjut memandangkan isu yang dibangkitkan menyentuh secara langsung aspek keselamatan dan perlindungan murid.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|