Selasa | 06/10/2026 | 8:06:00 am
HomeJenayahSuspek bawa lari lori hijau direman, ada 27 rekod jenayah dan dadah

Suspek bawa lari lori hijau direman, ada 27 rekod jenayah dan dadah

PASIR GUDANG – Lelaki yang mencetuskan aksi kejar-mengejar dramatik bersama polis sejauh kira-kira 100 kilometer menggunakan sebuah lori hijau semalam mempunyai 27 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan berhubung beberapa kesalahan termasuk mencuri kenderaan dan memandu secara berbahaya.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Tan Chiew King bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|