Ramai takut ‘drive’ jalan Karak waktu malam, tapi kisah dalam ‘Alas Roban’ lebih meremangkan

KUALA LUMPUR – Filem seram Indonesia arahan Hadrah Daeng Ratu, Alas Roban, yang sebelum ini mencuri perhatian penonton di pawagam, kini boleh ditonton menerusi platform penstriman Netflix.

Filem itu mengangkat kisah mistik yang berlatarkan laluan terkenal Alas Roban di Jawa Tengah, Indonesia, yang sering dikaitkan dengan pelbagai legenda dan cerita seram.

Alas Roban mengisahkan Sita, seorang ibu tunggal yang berpindah ke Semarang bersama anak perempuannya, Gendis, selepas mendapat pekerjaan baharu di sebuah hospital. Namun, perjalanan mereka melalui laluan Alas Roban bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bas yang dinaiki mengalami kerosakan di tengah perjalanan. Sejak kejadian itu, Gendis mula mengalami gangguan misteri termasuk mendengar suara aneh, melukis simbol pelik dan sering dirasuk setiap malam.

Dalam usaha menyelamatkan anaknya, Sita dibantu oleh sepupunya, Tika, serta seorang pemandu ambulans bernama Anto yang mengetahui kisah-kisah mistik di kawasan tersebut. Mereka kemudian mendapati Gendis menjadi sasaran Dewi Raras, satu entiti yang dipercayai marah akibat janji ritual lama yang tidak ditunaikan.

Filem berdurasi 111 minit itu dibintangi oleh Michelle Ziudith, Fara Shakila, Rio Dewanto, Taskya Namya, Imelda Therinne dan Dewi Pakis.

Menggabungkan elemen seram rakyat, misteri dan drama kekeluargaan, Alas Roban menawarkan pengalaman mendebarkan yang mengangkat legenda tempatan Indonesia ke layar perak. Kehadirannya di Netflix dijangka memberi peluang kepada lebih ramai penonton antarabangsa untuk menikmati karya seram Nusantara yang semakin mendapat tempat di peringkat global.

BACA JUGA:  Dua pelajar UiTM Rembau maut, motosikal terbabas langgar penghadang jalan
Adam Taqiuddin
Adam Taqiuddin
adamtaqiuddin@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...