Rabu, 15 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Pilihan RayaPH umum calon PRN Negeri Sembilan malam esok

PH umum calon PRN Negeri Sembilan malam esok

SEREMBAN – Tumpuan politik kini beralih ke Kuala Pilah apabila Pakatan Harapan (PH) dijadual mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dalam satu majlis khas malam Selasa.

Pengumuman itu dijadual berlangsung pada pukul 7.30 malam dan akan disempurnakan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis berkenaan dijangka menjadi penentu barisan calon yang bakal membawa cabaran PH untuk mempertahankan pentadbiran negeri pada pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan agihan kerusi dalam gabungan itu telah dimuktamadkan melibatkan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut beliau, PKR akan bertanding di 16 kerusi, diikuti DAP dengan 11 kerusi manakala Amanah mempertaruhkan calon di sembilan kerusi.

“Pembahagian 36 kerusi DUN Negeri Sembilan menyaksikan PKR bertanding di 16 kerusi, DAP (11) dan Amanah (sembilan),” katanya pada 13 Jun lalu.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan pada 18 Julai, diikuti pengundian awal pada 28 Julai sebelum hari mengundi pada 1 Ogos.

Pengumuman calon PH itu dilihat antara detik penting menjelang bermulanya tempoh rasmi kempen apabila setiap parti mula memperkenalkan barisan calon yang akan menawarkan diri kepada pengundi di seluruh Negeri Sembilan.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-