Xi Jinping yakin Malaysia capai kejayaan gemilang bawah kepimpinan Sultan Ibrahim, Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Presiden China, Xi Jinping menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keyakinan itu dizahirkan beliau semasa berucap pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Perdana Menteri di kediaman rasmi Seri Perdana, di sini malam tadi.

Menurut Jinping, beliau menyaksikan perubahan pesat yang telah berlaku di Malaysia sejak lawatan terakhirnya kira-kira 12 tahun lalu.

“Semasa lawatan saya pada 2013, saya amat terpesona dengan keindahan alam semula jadi Malaysia, kepelbagaian budaya dan kebaikan hati rakyatnya.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa di bawah kepimpinan Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Anwar, Malaysia akan menjadi lebih berdaya maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam membangunkan Malaysia Madani,” katanya.

Jinping turut menekankan bahawa hubungan antara Malaysia dan China telah berkembang kukuh sepanjang 50 tahun terjalinnya hubungan diplomatik.

“Dari segi politik, kami saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain. Dari segi ekonomi, kami menikmati kerjasama yang saling menguntungkan.

“Dari segi budaya, kami saling belajar dan memperkaya antara satu sama lain. Hubungan ini memberi manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya lagi.

Presiden China itu turut menyifatkan hubungan dua hala Malaysia-China sebagai ‘kukuh seperti batu dan akan terus menjadi lebih teguh’ pada masa akan datang.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh barisan Jemaah Menteri, pegawai kanan kerajaan, dan delegasi rasmi dari China yang mengiringi Presiden Jinping sempena lawatan rasminya ke Malaysia.

BACA JUGA:  Dr Wan Azizah ziarah mangsa kebakaran paip gas
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...