[VIDEO] Khairul Aming lancar produk ketiga, Rendang Nyet Berapi

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi mencuri tumpuan apabila hari ini mengumumkan pelancaran produk ketiganya, Rendang Nyet Berapi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, memperlihatkan perjalanan panjang beliau bersama pasukannya dalam menghasilkan produk berasaskan makanan tradisional itu selama berbulan-bulan di kilang kendaliannya di Kota Bharu, Kelantan.

Produk terbaharu itu menyusuli kejayaan luar biasa Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi, yang sebelum ini menjadi fenomena dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna.

“Plan K.A memang nak jadikan makanan tradisional kita lebih mudah dimakan dalam bentuk ‘ready to eat’,” katanya sambil memperkenalkan rendang versi baharu yang kaya dengan aroma serai, lengkuas, daun kunyit dan kerisik.

Menurutnya, antara cabaran terbesar dalam menghasilkan Rendang Nyet Berapi ialah mengekalkan cita rasa autentik rendang tradisional walaupun ia dihasilkan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden.

“Kita buat R&D kawah demi kawah semata-mata nak pastikan kuah dia pekat, wangi dan warna pun cantik. Dan kita kena pastikan ia konsisten walaupun dimasak oleh 100 orang pekerja menggunakan mesin dan robot,” katanya lagi.

Apa yang lebih membanggakan, rendang tersebut turut melalui proses retort, satu teknologi pemprosesan makanan yang membolehkan ia disimpan lama tanpa perlu disejukkan atau dipanaskan semula sebelum dimakan.

Khairul Aming turut mengumumkan bahawa pelancaran rasmi Rendang Nyet Berapi akan berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos ini, melalui siaran langsung di TikTok miliknya pada jam 9 malam, dengan sebanyak 70,000 pek sedia untuk dimiliki peminat.

“Lima tahun berniaga, dua buah kilang, 100 kaki tangan… semua ini takkan berjaya tanpa sokongan anda semua,” katanya dalam ucapan penutup video yang kini tular dalam kalangan pengikutnya.

BACA JUGA:  Bukan gimik murahan, Aliff Syukri janji umum isu jet peribadi Jumaat ini
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...