Tandas awam di China perlu tonton iklan sebelum dapat tisu

BEIJING – Beberapa tandas awam di China kini memperkenalkan sistem baharu yang mengejutkan orang ramai apabila pengguna perlu menonton iklan terlebih dahulu sebelum mendapat tisu tandas.

Menurut laporan portal China Insider News, sistem itu berfungsi dengan pengguna mengimbas kod QR yang disediakan, kemudian menonton iklan berdurasi 30 saat – sama ada produk pencuci, kereta mewah atau aplikasi pelaburan – sebelum menerima tisu dalam kuantiti yang telah ditetapkan.

Bagi mereka yang enggan menonton iklan, pilihan lain ialah membayar 0.5 yuan (kira-kira 9 sen Singapura) untuk mendapatkan tisu segera.

Langkah itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, malah ada yang menganggapnya keterlaluan.

‘Dystopian’ kata seorang pengguna Instagram, membayangkan masa depan di mana maruah manusia terakhir sekalipun ditaja syarikat pencuci.

Netizen turut mempersoalkan situasi kecemasan.

“Bagaimana kalau telefon kehabisan bateri? Bagaimana kalau aplikasi WeChat tidak boleh dibuka? Atau lebih teruk, baru sahaja lepas makan?” tulis seorang lagi pengguna.

“Kini kertas tandas di China perlukan tontonan iklan. Kapitalisme sudah masuk ke dalam tandas, maruah bukan lagi percuma, ia ditaja,” tulis seorang lagi di platform X.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menjelaskan langkah itu bukan bertujuan untuk memalukan pengguna sebaliknya bagi mengatasi masalah pembaziran selepas ada orang awam didakwa mengambil tisu dalam kuantiti berlebihan sehingga menimbulkan kekurangan bekalan.

Ini bukan kali pertama teknologi digunakan bagi mengawal penggunaan tisu.

Pada 2017, Taman Temple of Heaven di Beijing pernah memasang mesin pengecaman wajah untuk memastikan seorang individu hanya menerima satu bahagian tisu dengan selang masa sembilan minit untuk menghalang pengambilan berulang.

BACA JUGA:  Polis siasat video tular kemalangan motosikal PDRM, mangsa cedera dapat bantuan orang awam
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...