Leona rayu peminat hormat ‘privacy’, jangan kejar di jalan raya

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona merayu orang ramai agar tidak mengganggu atau mengejarnya ketika memandu di jalan raya demi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Menurut Leona, beberapa pengalaman lalu membuatkan dia berasa takut dan tidak selesa apabila ada individu cuba menghampiri kenderaannya ketika berada di atas jalan.

Katanya, walaupun dia menghargai keterujaan orang ramai yang mengenalinya, tindakan seperti memandu sebelah kenderaan, menurunkan tingkap dan melambai sambil mengharapkan reaksi daripadanya adalah tidak wajar serta berbahaya.

“Tolong jangan ikut atau kejar saya di jalan raya. Sudah ada beberapa kejadian yang benar-benar membuatkan saya rasa terganggu dan takut.

“Tidak mengapa kalau terserempak dan ambil gambar dari jauh, tetapi bukan menghampiri kenderaan ketika sedang memandu,” katanya.


Sehubungan itu, Leona berharap orang ramai dapat lebih peka terhadap aspek keselamatan dan menghormati privasi individu lain, khususnya ketika berada di jalan raya. -MYBERITA

View on Threads
BACA JUGA:  Bella Astillah nafi dakwaan bakal berkahwin dalam masa terdekat
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...