18 Jun 2026, 8:49 PM

Nissan Almera naik ‘divider’ jalan, dipercayai dipandu individu mabuk

0
Nissan Almera naik 'divider' jalan, dipercayai dipandu individu mabuk

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan kereta berkenaan tersadai di atas divider jalan selepas insiden tersebut.

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jenis Nissan Almera dipercayai dipandu oleh individu mabuk mencetuskan perhatian orang ramai selepas kenderaan itu dilaporkan naik ke atas pembahagi jalan berhampiran Q Bistro di Jalan Tun Razak, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan kereta berkenaan tersadai di atas divider jalan selepas insiden tersebut.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, orang ramai dilihat berkumpul di lokasi kejadian bagi melihat keadaan kenderaan itu, sementara aliran trafik di kawasan berkenaan dilaporkan mengalami sedikit gangguan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung punca sebenar kejadian, termasuk dakwaan bahawa pemandu berada di bawah pengaruh alkohol ketika insiden berlaku.

Selain itu, tiada maklumat rasmi dikeluarkan mengenai sama ada terdapat kecederaan melibatkan pemandu atau pengguna jalan raya lain.

Rakaman kejadian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

Seorang pengguna media sosial yang memuat naik video berkenaan menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang menyusahkan orang ramai.

“Pembahagi jalan pun dia ingat parkir lot agaknya. Nasib baik naik pembahagi jalan, kalau langgar orang lagi naya,” tulis pengguna tersebut.

Seorang lagi pengguna, Milwoo Adnan, turut meninggalkan komen sinis.

“Awal sangat ni, belum tengah malam dah buat hal atas jalan raya.”

Orang ramai berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.

About The Author

Tinggalkan Balasan