Jumaat • 9 Mei 2025
UTAMAPENDIDIKANPembungkusan bertema penyu menang Anugerah Inovasi VISCOM 24

Pembungkusan bertema penyu menang Anugerah Inovasi VISCOM 24

ROMPIN – Projek bertajuk Jonimate Through Healthy telah diumumkan sebagai Pemenang Inovasi Pilihan Juri bagi kategori Diploma Teknologi Media Cetak sempena Visual Communication Show 2024 (VISCOM 24) anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah, semalam.

Projek ini dihasilkan oleh empat pelajar, iaitu Harshini Selvaraju, Uvaneswery Saminathan, Syed Mirza Mukhlis Haddad Syed Murtadza, dan Haziq Iskandar Mohd Elmee, di bawah penyeliaan Encik Muhammad Amirul Qayyum Daud. Jonimate Through Healthy menampilkan konsep pembungkusan inovatif yang bukan sahaja berfungsi sebagai bungkusan produk, tetapi juga menyampaikan mesej kesedaran kesihatan mental dan kelestarian.

fotomyberita (2)
Inovasi yang direka pada pembungkusan – Harshini

Rekaan unik pembungkusan ini diinspirasikan daripada bentuk penyu, simbol ketenangan dan perlindungan, yang menggambarkan keperluan untuk menjaga kesihatan diri secara holistik. Menariknya, pembungkusan ini dilengkapi dengan teknologi NFC (Near Field Communication), yang apabila diimbas menggunakan peranti mudah alih, akan memainkan lagu berunsur penyembuhan (healing music) bagi menenangkan emosi dan fikiran pengguna.

Selain daripada fungsi utama sebagai pembungkusan, reka bentuk ini juga mempunyai struktur yang membolehkannya ditegakkan, menjadikannya sesuai untuk dijadikan tempat penyimpanan barangan kecil selepas produk digunakan. Tambahan pula, keunikan reka bentuknya menjadikannya sesuai digunakan sebagai hiasan ruang, sekali gus memperpanjangkan jangka hayat bungkusan dan mengurangkan pembaziran.

fotomyberita (4)
Foto Harshini

Gabungan elemen estetik, teknologi pintar dan fungsi pelbagai ini telah menarik perhatian juri dan meletakkan Jonimate Through Healthy sebagai salah satu projek paling inovatif dalam VISCOM 24. Ia mencerminkan keupayaan pelajar dalam mencipta penyelesaian reka bentuk yang bukan sahaja cantik dan berfungsi, tetapi juga berimpak positif kepada emosi dan kesejahteraan pengguna.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN

POPULAR