Khamis • 22 Januari 2026

Muaz J akui masih bujang, \’saya dah buat live 3 tahun tapi tak jumpa calon\’

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Muhammad Muaz Mustaqim Rosman, 24, atau lebih dikenali sebagai Muaz J, tampil dengan lagu raya terbaharunya, Hey Raya, hasil kolaborasi bersama Syameer Azmi.

Menurut Muaz, proses rakaman lagu ini berlaku dalam masa yang sangat singkat, hanya dalam tempoh tiga hari sahaja.

\”Sebenarnya lagu raya ni memang last minute gila. Kami dapat demo hanya tiga hari sebelum rakaman. Jadi, kami hanya sempat berlatih sekejap sebelum terus masuk studio. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,\” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Berkongsi mengenai kerjasama dengan Syameer, Muaz menyatakan bahawa hubungan mereka yang sudah terjalin sejak zaman sekolah banyak membantu dalam menjayakan projek ini.

\”Saya dengan Syamel memang dah lama kenal, dari kecil lagi. Jadi, chemistry antara kami memang kuat dan tak ada masalah untuk bekerjasama dalam lagu ini,\” tambahnya.

Dalam pada itu, Muaz turut memberitahu bahawa dia kini bergerak bebas selepas kontraknya dengan label lama tamat. Ketika ini, beliau aktif menjalankan pelbagai projek denganlabel lain, termasuk CATS Studio.

\”Saya sekarang lebih fleksibel dalam berkarya. Selain menyanyi, saya juga aktif sebagai pencipta kandungan dan influencer. Kalau ada tawaran berlakon yang menarik, saya akan pertimbangkan,\” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai kehidupan peribadinya, Muaz secara berseloroh mengakui masih mencari pasangan hidup, namun sering berdepan dengan cabaran.

\”Saya dah buat live selama tiga tahun setengah untuk berinteraksi dengan peminat, tapi masih tak jumpa calon yang sesuai. Kadang-kadang ada yang ragu-ragu nak percaya saya masih single,\” katanya berseloroh.

Muaz turut berkongsi ciri-ciri pasangan idamannya yang ringkas, tetapi masih sukar untuk ditemui.

\”Saya tak cerewet. Cukuplah kalau dia lebih rendah daripada saya, boleh menerima diri saya seadanya dan pandai memasak,\” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Muaz memaklumkan bahawa dia akan muncul dengan single terbaru di bawah CATS Studio dan meminta peminat untuk terus menyokong perjalanan seninya.

BACA JUGA:  Saya tak campur urusan hakim - PM Anwar

\”Jangan lupa follow CATS Studio untuk perkembangan terbaru!\” ujarnya.

spot_img

TRENDING

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...

KTMB sediakan perkhidmatan khas komuter 24 jam sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan...

KDNK terkini catat pertumbuhan 4.9 peratus, melebihi unjuran – PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...