44 peratus tiket balik kampung Aidilfitri habis terjual

KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 peratus tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk musim balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri telah terjual setakat ini, dan dijangka habis sekitar Februari depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata bagi menampung permintaan tinggi daripada pengguna, KTMB akan menambah perkhidmatan Keretapi Elektrik Berkelajuan Tinggi (ETS) dengan menawarkan lapan trip tambahan bagi tempoh 13 hingga 29 Mac 2026.

“Laluan yang terlibat termasuk Johor Bahru (JB) Sentral–Kuala Lumpur (KL) Sentral–JB Sentral, KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral, KL Sentral–Ipoh–KL Sentral dan KL Sentral–Butterworth–KL Sentral,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 36,540 tiket akan ditawarkan untuk tempoh tambahan ini dengan purata dua trip sehari bagi setiap laluan.

“Jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan ETS sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan bermula pada 1 Mac 2026,” tambahnya.

KTMB menggesa orang ramai untuk membuat tempahan lebih awal bagi memastikan kelancaran perjalanan balik kampung, khususnya pada musim perayaan yang semakin hampir.

BACA JUGA:  Idea kreatif agih duit raya, semua 'collect' duit dalam kotak secara 'random'
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...