Peperiksaan tahun empat diperkenalkan tahun ini, subjek Sejarah masuk 2027

KONGSI

PUTRAJAYA – Ujian penilaian atau peperiksaan akan diperkenalkan untuk murid Tahun Empat sekolah rendah bermula tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peperiksaan tersebut akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan melibatkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Subjek Sejarah dijangka akan dimasukkan pada tahun 2027, menjadikan keseluruhan lima subjek.

“Guru-guru ingat, tahun ini ada ujian Darjah Empat. Mengapa nak tunggu Darjah Enam? Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dalam dua tahun iaitu Darjah Lima dan Enam, murid mempunyai ruang untuk memperbaiki prestasi sebelum memasuki Tingkatan Satu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN