Nabil Ahmad menangis direhatkan dari radio, akui tertekan

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad mengakui menangis selepas menerima surat rehat daripada menjalankan tugas sebagai penyampai radio Era FM susulan kontroversi yang menyentuh sensitiviti perkauman baru-baru ini.

Menurut Nabil, 42, keputusan tersebut membuatkan beliau tertanya-tanya sama ada kerjaya yang dibina selama bertahun-tahun akan berakhir begitu sahaja.

\”Saya menerima surat rehat selepas saya, Azad Jasmin dan Radin keluar dari Bukit Aman. Selepas membaca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.

\”Ketika itu, saya terfikir, adakah ini pengakhiran bagi kerjaya saya? Apa yang perlu saya lakukan selepas ini?\” katanya dalam satu temu bual podcast bersama bekas pengacara, Aidid Marcello.

Nabil mengakui keputusan tersebut memberi kesan besar terhadap emosinya, lebih-lebih lagi apabila memikirkan tanggungjawab menyara keluarga.

\”Saya tidak pernah berhenti bekerja sebelum ini. Kalau bercuti pun, ia atas permintaan sendiri. Namun, kali ini berbeza kerana saya direhatkan ketika masih bekerja dan amat memerlukan pekerjaan tersebut.

\”Anak-anak saya sedang membesar, dan menerima surat seperti itu benar-benar memberikan tekanan mental. Saya seperti tidak percaya kerana sudah bertahun-tahun membina kerjaya ini,\” ujarnya lagi.

Tambah Nabil, insiden tersebut membuatkan beliau lebih memikirkan masa depan dan perancangan jangka panjangnya.

\”Saya pernah berazam untuk menjadi pengacara yang sukar digantikan serta sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat. Saya sudah melalui pelbagai jatuh bangun sendiri, tetapi apabila menerima surat itu, saya rasa segalanya musnah.

\”Saya tertanya-tanya ke mana arah tuju selepas ini dan bagaimana dengan masa depan anak-anak saya. Kerjaya ini tiada pelan sokongan, jika ia berakhir, maka segalanya turut berakhir,\” katanya.

Terdahulu, Nabil bersama Azad dan Radin menerima kecaman selepas video mereka bergurau dengan menyebut frasa \’Vel Vel\’ tular di media sosial. Insiden tersebut dikatakan mempersendakan ritual masyarakat Hindu dan mencetuskan kritikan meluas.

BACA JUGA:  Lakar sejarah Tun Ameerul Luqman , juara PBA Chameleon 2024

Susulan kontroversi itu, syarikat penyiaran Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagaimanapun, SKMM memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio tersebut selepas mempertimbangkan beberapa faktor.

Menyedari kesilapan yang berlaku, Nabil, Azad dan Radin telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atas tindakan mereka.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...