Malaysia berisiko krisis beras jika India dan Pakistan berperang

KUALA LUMPUR – Malaysia berisiko menghadapi gangguan bekalan beras sekiranya konflik bersenjata antara India dan Pakistan terus memuncak, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut beliau, kedua-dua negara Asia Selatan itu membekalkan hampir 38 peratus keperluan beras import negara, termasuk beras putih dari India dan beras Basmathi dari Pakistan. Justeru, sebarang ketegangan atau gangguan terhadap operasi pelabuhan dan penghantaran boleh memberi kesan langsung kepada jaminan makanan negara.

\”Kestabilan politik serta ekonomi mereka penting untuk jaminan makanan di Malaysia. Kalau berlaku perang atau ketegangan yang jejaskan operasi pelabuhan atau infrastruktur penghantaran, ia boleh ganggu kemasukan beras ke negara kita,\” katanya dalam sidang media selepas merasmikan projek pembangunan benih padi sah, hari ini.

Meskipun bekalan ketika ini masih stabil, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh leka dan mesti mengambil langkah bersedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut mengeluarkan kenyataan bahawa ketegangan antara India dan Pakistan kini berada pada tahap tertinggi dalam tempoh beberapa tahun. Ketegangan itu meningkat selepas kejadian serangan pengganas di wilayah Kashmir yang ditadbir India, dengan kedua-dua negara saling menyalahkan antara satu sama lain.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata Malaysia sebelum ini turut terjejas akibat sekatan eksport oleh India ketika negara itu mengalami kemarau dua tahun lalu, menyebabkan harga beras meningkat di pasaran tempatan.

\”Ini membuktikan betapa mudahnya pasaran kita terkesan akibat faktor luar. Sebab itu sekuriti makanan amat penting dan mesti diberi keutamaan,\” jelas beliau.

Sebagai langkah jangka panjang, kerajaan sedang memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara pengeksport lain seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja. Antara langkah yang diambil ialah menggalakkan pelaburan syarikat swasta tempatan dalam sektor padi di negara-negara tersebut.

BACA JUGA:  Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri hingga tengah hari

\”Kita sudah jalankan rundingan dan minta syarikat-syarikat swasta tempatan juga lihat peluang pelaburan seperti membina kilang padi di Kemboja kerana negara itu ada lebihan beras dan mengalu-alukan kerjasama,\” tambahnya.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Lagu ‘Lala Raya’ didakwa sentuh isu agama, Agy tampil mohon maaf terbuka

KUALA LUMPUR - Penyanyi baharu, Muhammad Affizy Mohd Khairy...

MRSM seluruh negara tunai solat jenazah ghaib hari ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 cawangan Maktab Rendah Sains...

Lelaki pandu SUV lawan arus ditahan

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai...

Tragedi subuh ragut keluarga, MARA tampil bela nasib dua beradik

RAUB - Dua beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran...

Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘duit raya’ setengah bulan gaji

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas...