Pertemuan kedai makan satukan Hafiz-Fiona, arwah ibu sempat restu

KUALA LUMPUR – Pertemuan tidak dirancang di sebuah kedai makan menjadi titik mula jodoh antara penyanyi Hafiz Suip dan isterinya, Fiona Saffiya.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, berkata dia pada awalnya sedang mencari penyanyi duet bagi Konsert Hafiz Suip–Perjalananku yang berlangsung di Kuching pada Oktober 2024 susulan ketiadaan penyanyi asal.

Menurutnya, ketika singgah di sebuah kedai makan, dia terdengar seorang wanita menyampaikan lagu Ku Akui dengan cukup baik sebelum dimaklumkan individu tersebut ialah Fiona, yang juga dikenali sebagai penyanyi popular di Sarawak.

“Saya memang nak cari pengganti untuk konsert itu. Kebetulan terdengar dia menyanyi, suaranya sangat sedap. Pada mulanya saya tak percaya, jadi saya cari namanya di internet sebelum pelawa jadi penyanyi undangan.

“Kemudian kami berkawan dan tak sangka akhirnya disatukan sebagai suami isteri,” katanya pada majlis pelancaran lagu terbaharunya, Yang Engkau Mahukan, di sini, semalam.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi bahawa antara faktor yang membuka pintu hatinya ialah sikap prihatin Fiona serta hubungan rapat wanita itu dengan arwah ibunya, Allahyarham Halizawati Salleh.

“Keistimewaan Fiona, dia tahu macam mana nak kawal lelaki seperti saya dan sangat ambil peduli. Dia juga rapat dengan arwah ibu.

“Alhamdulillah, ini juga restu arwah ibu. Sejak awal perkenalan lagi, perkara pertama saya buat adalah bawa Fiona jumpa ibu dan syukur ibu beri restu,” ujarnya.

Hafiz turut mendedahkan arwah ibunya sempat berpesan supaya dia menyempurnakan hubungan tersebut dengan cara yang betul.

“Ibu pesan, kalau tengah dalam proses cerai, buatlah dengan betul. Maksudnya bernikah. Sepatutnya kami bernikah pada 15 Februari, tarikh lahir ibu, tetapi ayah minta jangan tangguh, jadi kami pilih 13 Februari,” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz sah bergelar suami kepada Fiona, 39, dalam satu majlis yang berlangsung di Petrajaya, Kuching.

BACA JUGA:  Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Fiona Saffiyya

Sebelum ini, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua orang anak sebelum berpisah pada Mei 2025. Fiona pula mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu dan memeluk Islam pada Disember 2025. – MYBERITA

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...