Masjid At-Taqwa TTDI nafi dakwaan diboikot, kehadiran cecah 1,000 jemaah setiap hari

KUALA LUMPUR – Masjid Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail menafikan dakwaan kononnya masjid itu diboikot susulan satu hantaran tular di aplikasi Threads yang memaparkan suasana lengang ketika waktu berbuka puasa, Ahad lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Fadzli Yusof berkata, pihak masjid mengambil perhatian terhadap hantaran yang dimuat oleh seorang individu di akaun peribadi Threads yang menunjukkan keadaan ruang masjid belum dipenuhi jemaah.

Menurut beliau, keadaan tersebut berlaku sebelum waktu puncak kehadiran orang ramai untuk berbuka puasa.

“Jemaah kebiasaannya mula memenuhi ruang masjid sekitar jam 7 malam. Seperti Ramadan tahun lalu, jumlah kehadiran bagi berbuka puasa tahun ini adalah antara 800 hingga 1,000 orang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa TTDI, Agil Faisal Ahmad Fadzil turut tampil memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Beliau menegaskan dakwaan kononnya berlaku boikot adalah tidak benar, namun tidak menolak kemungkinan terdapat pengalaman kurang menyenangkan dalam kalangan jemaah yang hadir ke masjid berkenaan sebelum ini.

“Bab komen pengalaman kurang menyenangkan di masjid pula, tidak dinafikan mungkin ada.

“Ada yang melibatkan jemaah, ada juga cerita lama malah ada yang lebih 20 tahun dan kebanyakannya datang daripada jemaah muslimat.

“Semua maklum balas ini wajar diteliti dengan baik dan berhemah. Kenyataan rasmi pihak masjid akan dikeluarkan, insya-ALLAH,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

“Sejak 1 Ramadan hingga semalam, setiap hari sekitar 1,000 orang berbuka puasa di masjid ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat menunaikan ibadah pada bulan Ramadan dan menjemput orang ramai untuk hadir berbuka puasa serta menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan. – MYBERITA

BACA JUGA:  McDonald’s ambil tindakan pantas selepas video gelandangan ditendang tular
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...