Khamis | 08/10/2026 | 3:42:28 pm
HomeNasionalRibut petir, hujan lebat landa 7 negeri hingga tengah hari

Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri hingga tengah hari

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hujan lebat serta angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, antara kawasan berisiko di Kedah meliputi Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu selain keseluruhan Pulau Pinang.

Di Perak pula, kawasan terlibat termasuk Seberang Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang, cuaca buruk dijangka berlaku di daerah Raub dan Bentong.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
Wartawan MYBERITA yang membuat liputan berita semasa, isu nasional dan perkembangan terkini dalam negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|