Tragedi UPSI: Pemandu bas ditahan lepas keluar hospital

GERIK – Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan tragis meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik pada Isnin lalu, telah ditahan pihak polis petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki tempatan berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.45 petang sejurus dibenarkan keluar dari Hospital Taiping selepas menerima rawatan.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pihak polis kini sedang menunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) sama ada suspek akan didakwa di mahkamah esok atau sebaliknya.

“Di pihak kami, segala persiapan telah dibuat dan kami bersedia,” tambah beliau.

Terdahulu, suspek yang mengalami kecederaan di tangan kelihatan diiringi tiga anggota polis IPD Gerik keluar dari hospital menaiki kenderaan peronda (MPV), dalam keadaan bergari dan tangannya ditutup dengan tuala.

Mangsa dirawat sejak hari pertama nahas berlaku dan diletakkan di bawah pemantauan rapi pihak hospital sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, sebuah bas persiaran yang membawa pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan ngeri, mengakibatkan 15 penuntut terkorban dan beberapa lagi mengalami kecederaan. Kejadian itu mencetuskan kesedihan mendalam dalam kalangan warga UPSI dan masyarakat umum.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Senarai penuh 44 pelajar UPSI terlibat kemalangan bas terbalik
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...