Rabu • 28 Januari 2026

Social Innovation Camp 2025, idea anak muda rentas sempadan

KUALA LUMPUR – Seramai 38 mahasiswa dari Malaysia telah menyertai Program Social Innovation Camp 2025 yang berlangsung di Fakulti Sains Kesihatan dan Sukan, Kampus Phatthalung, Universiti Thaksin, Thailand, pada 12 hingga 18 Mei lepas.

Program hasil kolaborasi strategik antara Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Universiti Thaksin selaku tuan rumah bertujuan memupuk semangat inovasi sosial dalam kalangan mahasiswa selain mengetengahkan pelbagai aktiviti seperti bengkel, ceramah serta aktiviti lapangan yang memberi penekanan kepada cabaran sosial serantau dan potensi penyelesaiannya.

\"25\"

Pengarah program, Suppawat Bamrungphak, menyifatkan inisiatif ini sebagai pemangkin kepada hubungan kerjasama pendidikan yang lebih kukuh di rantau Asia Tenggara.

“Program ini memperkaya pengalaman pelajar dan membuka ruang kepada kerjasama antarabangsa yang lebih luas di masa hadapan,” ujarnya.

Bagi Muhammad Hafiy Shah Mohd Hadli Shah, mahasiswa semester empat dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM, penyertaannya dalam program ini telah membuka perspektif baharu terhadap konsep inovasi sosial.

\"\"

“Saya belajar bahawa inovasi bukan sekadar berkaitan teknologi, tetapi juga melibatkan kefahaman terhadap keperluan masyarakat dan cara membantu mereka secara berkesan. Ia pengalaman yang sangat membina,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

Rakannya, Muhammad Mikhail Mifzal Hamidon, turut berkongsi pengalaman yang serupa.

“Melalui program ini, saya bukan sahaja memperoleh ilmu dan kemahiran baharu, malah dapat membina hubungan erat dengan pelajar dari pelbagai negara. Ia sangat menginspirasikan,” jelasnya.

Sepanjang tempoh program, para peserta diberi peluang untuk membangunkan idea-idea inovatif yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat.

Selain meningkatkan kesedaran terhadap isu sosial, program ini turut berperanan sebagai platform pertukaran idea dan jaringan serantau antara pelajar serta institusi pengajian tinggi.

BACA JUGA:  PM terima permohonan cuti dua menteri, keputusan lanjut akan dimaklumkan
\"\"

Delegasi Malaysia menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program, terutamanya dalam sesi pembentangan projek yang mengetengahkan idea kreatif dan berdaya saing.

Dengan semangat kolaboratif yang tinggi dan aspirasi ke arah perubahan sosial yang bermakna, Social Innovation Camp 2025 diharapkan dapat menjadi model kepada lebih banyak program serantau yang melibatkan golongan muda dalam membentuk masa depan masyarakat yang lebih lestari.

spot_img

TRENDING

Pelajar UiTM bawa Malaysia jadi tumpuan produksi filem Asia Tenggara

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya...

Lori gerak sendiri rempuh lima kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang diparkirkan di bahu jalan...

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...