Pelajar UiTM bawa Malaysia jadi tumpuan produksi filem Asia Tenggara

KONGSI

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin diplomasi kreatif serantau apabila Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dengan kerjasama Cinemove Club menganjurkan program eksklusif CINEMOVE X SULAM INTERNATIONAL PODCAST “Across Culture One Future”: Filming in Malaysia Online Webinar 2026, di Podcast Studio FiTA, yang berlangsung dari 15 hingga 17 Januari 2026.

Berteraskan tema Cultural Exchange, program bertaraf antarabangsa ini memberi tumpuan kepada usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi strategik penggambaran filem kepada produksi luar negara, khususnya dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand.

Inisiatif ini sekali gus menyokong aspirasi negara untuk menjadikan industri kreatif sebagai pemacu ekonomi dan pelancongan mampan.

ARTIKEL BERKAITAN