“Celik Hati, Celik Jiwa” didik mahasiswa UiTM Shah Alam lebih peka terhadap komuniti OKU

SHAH ALAM – Seramai 23 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan, Semester 3 dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam turun padang menjayakan program komuniti “Celik Hati, Celik Jiwa” bersama warga Persatuan Kebajikan OKU Selangor, baru-baru ini.

Program sehari itu merupakan sebahagian daripada pemarkahan subjek Rekreasi untuk Orang Kurang Upaya (SRT502), yang memberi peluang kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan aktiviti rekreasi inklusif bersama komuniti orang kurang upaya (OKU).

\"\"

Pegawai Bertanggungjawab Persatuan Kebajikan Kasih OKU Selangor, Sha menyifatkan program itu sebagai satu inisiatif murni yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Program ini sangat baik dan bermanfaat, bukan sahaja untuk komuniti OKU tetapi juga untuk pelajar. Aktiviti yang dijalankan sangat menarik, dan pihak penganjur benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan komuniti OKU,” katanya.

Sambutan positif daripada peserta menunjukkan betapa pentingnya elemen interaksi sosial dan empati dalam pembelajaran di luar bilik kuliah.

Program ini juga membantu pelajar membina kemahiran insaniah seperti komunikasi, pengurusan masa dan kerja berpasukan, yang amat penting dalam bidang pengurusan sukan.

Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM turut menyatakan harapan agar penganjuran program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan agar lebih ramai pelajar terlibat dalam usaha menyemai nilai kemanusiaan serta memperkasa masyarakat yang memerlukan.

“Program “Celik Hati, Celik Jiwa” menjadi bukti bahawa aktiviti akademik boleh disepadukan dengan khidmat komuniti, sekali gus mencipta impak positif dan pengalaman bermakna dalam kehidupan pelajar,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi mewarna, permainan kad imbasan serta senaman ringan yang bukan sahaja menyeronokkan malah bersifat terapeutik.

\"\"

Kehadiran mereka turut disertai seorang pensyarah pengiring dan disambut meriah oleh 34 ahli komuniti OKU dari pusat berkenaan.

BACA JUGA:  Pencarian MH370 sambung hujung tahun ini

Untuk maklumat lanjut mengenai program atau Persatuan Kebajikan Kasih OKU Selangor, orang ramai boleh melayari laman Facebook rasmi pertubuhan berkenaan.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...