Program Satu Hati, Satu Komuniti kukuhkan jalinan mahasiswa dan masyarakat jawa

SEPANG – Kampung Bukit Bangkong, Sepang menjadi saksi penyatuan antara mahasiswa dan masyarakat apabila seramai 47 pelajar Tahun 2 Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berganding bahu bersama penduduk kampung menerusi Program Satu Hati, Satu Komuniti yang berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun lalu.

Program yang memupuk nilai perpaduan, kesukarelawanan serta meningkatkan kesedaran sosial melalui penglibatan secara langsung mahasiswa bersama komuniti setempat yang majoritinya berketurunan Jawa, dengan jumlah penduduk sekitar 300 orang.

\"22\"

Pelaksanaan program mendapat kerjasama strategik pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan PETRA, sekali gus memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan komuniti.

Menurut Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan, Industri & Masyarakat), FSSK UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, program ini menyediakan ruang pembelajaran autentik kepada mahasiswa untuk memahami secara mendalam realiti masyarakat marginal.

“Program komuniti ini bukan sahaja memberi peluang pelajar berinteraksi secara langsung, malah membentuk keperibadian mereka berteraskan empati dan nilai kemanusiaan,” katanya.

“Antara aktiviti utama pada hari kemuncak program, 1 Jun, yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Tradisi Bukit Bangkong termasuklah pertandingan membuat wau kapal, penyediaan nasi ambeng secara gotong-royong dan aktiviti membersihkan rumah warga emas. Setiap aktiviti dirancang bagi menggalakkan interaksi dua hala antara mahasiswa dan penduduk kampung,” katanya.

Pertandingan pembuatan wau kapal memperlihatkan daya kreativiti mahasiswa dalam memelihara seni warisan tempatan, manakala penyediaan nasi ambeng berjaya memperkukuh nilai kebersamaan dan saling menghormati budaya masyarakat Jawa.

Warga emas kampung pula dilihat aktif berkongsi kisah dan nilai tradisi kepada mahasiswa, khususnya berkenaan sejarah nasi ambeng dan wau kapal yang telah diiktiraf sebagai warisan budaya negeri Selangor.

BACA JUGA:  FestSAM’25 capai penyertaan tertinggi, penganjur tekad kekal hidupkan warisan muzik Melayu

Selain itu, pelajar turut menjalankan kerja gotong-royong membersihkan persekitaran dan menghias kawasan rumah warga emas, termasuk menanam pokok hiasan — satu usaha yang bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan komuniti, tetapi turut memupuk rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Pengarah program, Nur Aliyah Mohamad Zaizi, menjelaskan pendekatan inovatif yang diambil memberi ruang kepada pelajar untuk menjadi perancang, pelaksana dan pemacu utama perubahan sosial secara beretika.

“Melalui pemetaan aset komuniti dan pendekatan akar umbi, pelajar dapat mengenal pasti potensi dan keperluan komuniti dengan lebih mendalam,” katanya.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Exco Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah, di Dewan Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Bangkong menegaskan bahawa penglibatan generasi muda dalam pembangunan masyarakat, khususnya komuniti Orang Asli dan luar bandar, amat penting untuk kelestarian sosial.

“Inisiatif pelajar UKM ini wajar dijadikan contoh kerana ia bukan sahaja mengekalkan budaya warisan, malah mendidik mahasiswa agar lebih peka terhadap masyarakat sekeliling,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Ketua Kampung Tradisi Bukit Bangkong, Mohd Zuhaidi Osman, menyambut baik program ini yang menurutnya membuka ruang pertukaran ilmu antara dunia akademik dan komuniti.

Program Satu Hati, Satu Komuniti secara keseluruhannya berjaya mengukuhkan nilai insaniah dalam kalangan pelajar seperti kepimpinan, kerja berpasukan dan komunikasi berkesan. Dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan, ia diharap menjadi contoh kepada institusi lain untuk memperluas usaha pembangunan komuniti yang inklusif dan berdaya tahan.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...