Selasa | 13/10/2026 | 12:51:57 pm
HomeSemasaHarimau Malaya tarik diri CAFA 2025

Harimau Malaya tarik diri CAFA 2025

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad Harimau Malaya untuk beraksi menentang pasukan gergasi Asia, Iran, tidak kesampaian apabila Malaysia sah menarik diri daripada Kejohanan Piala Negara-Negara CAFA 2025 yang dijadual berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September ini di Tajikistan.

Keputusan itu dibuat susulan isu logistik ke lokasi kejohanan dan penganjuran yang dijalankan di luar kalendar rasmi FIFA, sekali gus menyukarkan jurulatih negara, Peter Cklamovski untuk mendapatkan pemain terbaik bagi tugasan penting ini.

“Agak sukar bagi kami untuk mengumpulkan skuad terbaik dan melakukan persiapan rapi apabila kejohanan tidak berada dalam kalendar FIFA,” kata Cklamovski yang mengakui keputusan itu bukan mudah namun perlu demi kepentingan pasukan.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|