Sabtu | 15 November 2025
spot_img

JAECOO J8 sasar pasaran SUV mewah, harga bermula RM178,800

KUALA LUMPUR – OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model terbaharunya, JAECOO J8, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) premium yang menampilkan inovasi teknologi terkini dan keupayaan luar biasa dalam pemanduan lasak.

JAECOO J8 ditawarkan dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) pada harga bermula RM178,800 dan pacuan semua roda (AWD) pada RM198,800, kedua-duanya atas jalan tanpa insurans.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata, J8 mencerminkan komitmen jenama itu dalam menggabungkan teknologi, prestasi dan reka bentuk untuk memberikan pengalaman pemanduan bertaraf tinggi kepada pengguna tempatan.

“Selepas kejayaan SUV J7 tahun lalu, pelancaran JAECOO J8 dijangka mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam segmen SUV premium sambil terus mengekalkan prinsip kemewahan,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada lebih 17,000 pemilik kenderaan OMODA | JAECOO di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada kejayaan syarikat setakat ini.

JAECOO J8 mengetengahkan konsep ‘Pengembaraan Lasak Kelas Pertama’, direka khas untuk pengguna moden yang mengutamakan keselesaan dan ketahanan dalam satu pakej yang bergaya.

Antara daya tarikan utama model ini ialah rekaan gril hadapan bermotif air terjun yang bukan sahaja menawan mata tetapi turut membantu pengaliran udara untuk penyejukan optimum. Ciri aerodinamik turut diperkemaskan dengan pemegang pintu tersembunyi bagi mengurangkan rintangan angin dan bunyi bising semasa pemanduan.

Dari segi dalaman, SUV ini dilengkapi dengan dua skrin bersaiz 12.3 inci, paparan HUD, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta tempat duduk dengan ciri pemanas, pengudaraan, fungsi urutan dan memori.

Keselamatan turut menjadi keutamaan dengan sokongan sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2.5, sistem brek elektrik OneBox serta pelbagai teknologi pemantauan dan bantuan termasuk DMS, ACC, AEB dan banyak lagi.

Pelancaran ini dijangka merancakkan lagi persaingan dalam pasaran SUV premium tempatan dan menegaskan komitmen OMODA | JAECOO untuk terus menawarkan kenderaan yang memenuhi aspirasi gaya hidup pengguna masa kini.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com
ARTIKEL BERKAITAN
Iklan