“Macam tak jadi (showcase), saya undur diri dari Era FM. Insya-Allah, kita tunggu rezeki apa yang Allah nak bagi,” tulis Elly ringkas di platform tersebut.
Walaupun tidak menjelaskan punca sebenar keputusan tersebut, Elly dilihat tenang dan yakin bahawa langkahnya meninggalkan dunia penyiaran radio bakal membuka ruang rezeki yang lebih luas di masa hadapan.
Sepanjang bertugas di Era FM, figura berusia 45 tahun itu dikenali dengan gaya penyampaian bersahaja dan menghiburkan, menjadikan segmen yang dikendalikannya antara yang mendapat sambutan hangat daripada pendengar setia stesen tersebut.
Keputusan Elly juga mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan terkejut, namun tidak kurang yang memberi sokongan dan mendoakan kejayaan baharunya dalam bidang lain.
Pemerhati industri berpendapat, langkah Elly meninggalkan Era FM dilihat sebagai satu strategi kerjaya yang bijak memandangkan beliau aktif dalam pelbagai bidang termasuk lakonan, pengacaraan dan persembahan pentas.
Selain pernah membintangi beberapa drama popular, Elly turut menjadi antara pengacara wanita yang sering mendapat kepercayaan penganjur untuk mengemudi acara besar. – MYBERITA








