Kapal bantuan Gaza diserbu, tentera Israel rampas armada Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR – Tentera Israel dilaporkan memintas dan menceroboh naik ke beberapa kapal Global Sumud Flotilla (GSF) malam semalam (waktu tempatan), menurut kenyataan penganjur pelayaran itu seperti dipetik saluran berita CNN.

Dalam kenyataan itu, GSF berkata kapal mereka termasuk Alma, Sirius dan Adara dipintas secara haram oleh Pasukan Pendudukan Israel di perairan antarabangsa.

“Selain bot yang disahkan dipintas, liputan dan komunikasi langsung terputus dengan beberapa bot lain. Kami sedang berusaha untuk mengambil kira semua peserta dan anak kapal,” jelas kenyataan tersebut.

GSF, sebuah organisasi yang cuba membawa bantuan ke Gaza dengan armada kapal yang belayar merentasi Laut Mediterranean, turut memuat naik hantaran di aplikasi Telegram mendakwa tentera Israel menggunakan ‘pencerobohan aktif’ terhadap flotilla itu.

Antara tindakan yang dilaporkan termasuk sebuah kapal sengaja dirempuh, manakala dua lagi disasarkan dengan meriam air. Video yang dimuat naik kumpulan itu menunjukkan kapal Yulara diserang dengan meriam air, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, Kementerian Luar Israel mengesahkan beberapa kapal telah “dihentikan dengan selamat” dan penumpang dibawa ke pelabuhan Israel.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, dalam reaksinya berkata mereka yang cuba memasuki wilayah Israel akan dihantar pulang selepas cuti Yahudi, Yom Kippur.

BACA JUGA:  Ustazah Asma’ sebak, sikap pemaaf bapa pelajar maut dirempuh guru undang perhatian ramai
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...