Rabu • 28 Januari 2026

Polis siasat kes remaja ditipu, ‘doktor palsu’ minta gambar bogel

MANJUNG – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua laporan yang diterima berhubung kes penipuan melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menyerahkan beberapa keping gambar bogelnya kepada individu tidak dikenali yang menyamar sebagai doktor.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, mangsa dipercayai menghantar gambar berkenaan melalui aplikasi Telegram selepas diperdaya oleh suspek yang mendakwa dirinya sebagai pegawai perubatan.

Menurut beliau, suspek telah meminta maklumat peribadi mangsa dan keluarganya selain mengarahkan mangsa menghantar gambar tidak berpakaian lengkap kononnya bagi tujuan pemeriksaan kanser serviks dan payudara.

“Mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang gambar-gambarnya disebarkan kepada umum.

“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Hasbullah menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Munawarah Ahmad di talian 011-1624XXXX.

Sebarang maklumat lanjut juga boleh disalurkan menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 atau melalui Hotline WhatsApp 017-6828005.

Polis turut menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, agar sentiasa memantau aktiviti dalam talian anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah siber.

BACA JUGA:  Tak sampai 24 jam, saluran Telegram Edisi Siasat 2.0 disekat
spot_img

TRENDING

Pelajar UiTM bawa Malaysia jadi tumpuan produksi filem Asia Tenggara

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya...

Lori gerak sendiri rempuh lima kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang diparkirkan di bahu jalan...

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...