Polis siasat kes remaja ditipu, ‘doktor palsu’ minta gambar bogel

KONGSI

MANJUNG – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua laporan yang diterima berhubung kes penipuan melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menyerahkan beberapa keping gambar bogelnya kepada individu tidak dikenali yang menyamar sebagai doktor.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, mangsa dipercayai menghantar gambar berkenaan melalui aplikasi Telegram selepas diperdaya oleh suspek yang mendakwa dirinya sebagai pegawai perubatan.

Menurut beliau, suspek telah meminta maklumat peribadi mangsa dan keluarganya selain mengarahkan mangsa menghantar gambar tidak berpakaian lengkap kononnya bagi tujuan pemeriksaan kanser serviks dan payudara.

ARTIKEL BERKAITAN