spot_img

USMKK FC juara MPFL divisyen 2, layak ke Malaysia Futsal Cup

KUALA LUMPUR – Pasukan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) FC muncul juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2025 selepas mengungguli carta liga dengan kutipan 26 mata.

USMKK FC di bawah bimbingan Yuzmuhaimizee Yaacob mencatat lapan kemenangan, dua seri, masing-masing dengan Canaan FC dan PFA Odin Sarawak serta hanya satu kekalahan kepada Terengganu, sekali gus memastikan kejuaraan milik mereka.

Pasukan Terengganu pula menamatkan saingan selaku naib juara dengan 25 mata hasil lapan kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. Anak buah Jamhuri Zainuddin itu menewaskan USMKK FC dalam satu pertembungan penting, namun terpaksa berpuas hati di tangga kedua selepas ketinggalan satu mata sahaja.

Kedua-dua pasukan, USMKK FC dan Terengganu layak secara automatik ke pentas Malaysia Futsal Cup (MFC) 2025 yang akan bermula 26 Julai ini.

Mereka akan bersaing bersama enam pasukan terbaik MPFL Divisyen 1 menerusi format kalah mati.

Kejayaan itu diraikan dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung meriah di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, petang tadi.

\"single
Amirul Syahmi Sanusi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik

Dalam majlis sama, beberapa pemain turut menerima pengiktirafan individu. Pemain USMKK FC, Amirul Syahmi Sanusi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik, manakala Penjaga Gol Terbaik menjadi milik Tengku Azraf Fahimi Che Ku Sulong dari pasukan Terengganu. Penjaring Terbanyak pula dimenangi oleh Asyraff Zakaris dari PFA Odin Sarawak selepas meledak 16 gol sepanjang kempen.

\"single
Asyraff Zakaris dinobat sebagai Penjaring Terbanyak

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub; Naib Presiden FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail; serta Exco FAM, Datuk Haji Mohd Hisamudin Yahaya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato\’ Jusman Ibrahim; Pengurus Active Sports, S. Murugeson; serta Pengurus Acara & Penaja F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Haji Muhammad Fauzi Haji Ahmad.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com
spot_img
ARTIKEL BERKAITAN
spot_img
Iklan