KUALA LUMPUR â Sebuah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam, di ibu negara malam ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.11 malam.
Seramai 32 anggota dari empat balai bomba iaitu Balai Pantai, Seputeh, Seri Hartamas dan Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.
âSetakat ini, operasi pemadaman masih dijalankan dan tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima,â katanya dalam kenyataan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

