Al Jazeera perbetul laporan, empat kakitangan terbunuh serangan Israel bukan lima

DOHA – Al Jazeera pada Selasa menjelaskan bahawa empat daripada enam wartawannya yang terbunuh dalam serangan Israel baru-baru ini adalah kakitangan tetap, manakala dua lagi adalah pekerja bebas, sekaligus membetulkan laporan awal yang menyebut lima kakitangan terkorban.

Pada awalnya, saluran berita berpangkalan di Qatar itu melaporkan kematian wartawan Anas al-Sharif, Mohammed Qreiqeh, pengendali kamera Ibrahim Zaher, Mohammed Noufal dan Moamen Aliwa sebagai kakitangan.

Namun, dalam kenyataan terkini di laman web berbahasa Inggerisnya, Al Jazeera memaklumkan bahawa Moamen Aliwa adalah jurukamera bebas, manakala wartawan keenam, Mohammed al-Khalidi, juga bekerja secara bebas.

“Versi awal laporan menyatakan bahawa Israel membunuh lima kakitangan Al Jazeera. Jumlah sebenar kakitangan yang terbunuh adalah empat orang,” kata kenyataan itu.

Serangan ke atas khemah wartawan di Bandar Gaza, utara wilayah Palestin, telah mencetuskan kemarahan antarabangsa dan kecaman daripada pelbagai kumpulan wartawan.

Tentera Israel mengesahkan serangan terhadap Anas, yang dikenali sebagai salah seorang wartawan utama Al Jazeera, sambil mendakwa beliau adalah ‘pengganas’ yang menyamar sebagai wartawan.

Al Jazeera menolak tuduhan tersebut, menyatakan serangan itu berlaku selepas beberapa pegawai dan jurucakap Israel berulang kali menghasut dan menyeru agar Anas serta rakan-rakannya disasarkan.

Dengan akses ke Gaza ditutup, banyak organisasi media antarabangsa bergantung kepada liputan foto, video dan laporan teks daripada wartawan Palestin tempatan.

Menurut Reporters Without Borders (RSF), lebih 200 wartawan terbunuh di Gaza sejak perang bermula, termasuk beberapa kakitangan Al Jazeera.

BACA JUGA:  Hari Nakba, rakyat Malaysia bangkit tolak penindasan rejim zionis
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...