Ali, Muthu & Ah Hock cipta sejarah ‘Malaysia Book of Record’ dengan jualan nasi lemak tertinggi

KUALA LUMPUR – Kopitiam kegemaran rakyat Malaysia, Ali, Muthu & Ah Hock (AMAH) melakar sejarah baharu apabila berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records 2025 dengan rekod Nasi Lemak Paling Banyak Terjual di Malaysia iaitu sebanyak 452,162 pinggan.

Kejayaan itu menjadi lebih bermakna apabila ia diraikan bersempena bulan kebangsaan, sekali gus membuka lembaran baharu dengan pelancaran semula jenama kopitiam tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali menyifatkan inisiatif AMAH sebagai contoh terbaik kepada pemain industri lain.

“Komitmen Ali, Muthu & Ah Hock wajar dicontohi. Ia bukan sekadar promosi perniagaan, tetapi satu strategi berkesan untuk memperlihatkan kekuatan dan keunikan jenama tempatan,” katanya ketika ditemui MYBERITA, di sini, pada Sabtu.

Majlis pelancaran itu disertai dengan promosi Merdeka RM6.80 yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September, selain memperkenalkan slogan baharu, “Rasa Kita, Bangga Kita, The flavour we share. The pride we carry.”

Ketua Pegawai Eksekutif Nasi Lemak Gempak Sdn. Bhd., T.H. Law, berkata kejayaan tersebut bukan sahaja diraikan dengan rekod baharu, malah dengan pengiktirafan Halal penuh.

“Dengan pensijilan Halal ini, kami sudah bersedia menerima lebih ramai pelanggan tanpa mengira latar belakang. Makanan sentiasa menjadi platform penyatuan rakyat Malaysia, dan setiap hidangan membawa semangat kebanggaan serta perpaduan,” katanya.

Diasaskan pada tahun 2012, Ali, Muthu & Ah Hock kini mempunyai 18 cawangan di Lembah Klang dan bakal melebarkan sayap ke seluruh negara.

Jenama ini terus mengekalkan identitinya sebagai ruang mesra rakyat, menyajikan nasi lemak, kopi tempatan dan hidangan citarasa kampung yang dekat di hati pelanggan.

Dengan misi “menyajikan jiwa Malaysia di setiap pinggan”, AMAH berhasrat meneroka platform digital dan kerjasama strategik untuk memperluas capaian serta mendekati lebih ramai rakyat Malaysia pada masa depan.

BACA JUGA:  Malaysia berisiko krisis beras jika India dan Pakistan berperang
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Lagu ‘Lala Raya’ didakwa sentuh isu agama, Agy tampil mohon maaf terbuka

KUALA LUMPUR - Penyanyi baharu, Muhammad Affizy Mohd Khairy...

MRSM seluruh negara tunai solat jenazah ghaib hari ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 cawangan Maktab Rendah Sains...

Lelaki pandu SUV lawan arus ditahan

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai...

Tragedi subuh ragut keluarga, MARA tampil bela nasib dua beradik

RAUB - Dua beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran...

Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘duit raya’ setengah bulan gaji

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas...