Korban banjir monsun Pakistan cecah 400

KONGSI

BUNER – Jumlah korban akibat hujan monsun lebat yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di utara Pakistan terus meningkat, dengan angka kematian kini mencecah hampir 400 orang, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) negara itu.

Hujan berterusan selama lima hari telah menyebabkan kerosakan besar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang terletak di barat laut Pakistan, bersempadan dengan Afghanistan. Sejak malam Khamis lalu, seramai 356 orang disahkan maut di wilayah itu sahaja, manakala puluhan lagi dilaporkan terkorban di kawasan sekitarnya.

Pasukan penyelamat kini giat menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR), menggali lumpur dan runtuhan batu di kampung Dalori, antara kawasan yang paling terjejas teruk. Usaha menyelamat bagaimanapun terganggu berikutan kerosakan infrastruktur, termasuk jalan raya yang runtuh serta gangguan rangkaian komunikasi di kawasan terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN