Prabowo jamin polis terlibat kematian Affan Kurniawan akan dihukum

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memberi jaminan bahawa anggota polis yang terbabit dalam insiden kematian seorang penunggang e-hailing, Affan Kurniawan, akan dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya terbukti melanggar prosedur dan undang-undang.

Memetik laporan CNN Indonesia, Prabowo menegaskan siasatan menyeluruh serta telus telah diarahkan berhubung kejadian tragis itu yang berlaku ketika demonstrasi di Jakarta baru-baru ini.

“Saya, atas nama peribadi dan atas nama Kerajaan Republik Indonesia, mengucapkan takziah dan menyampaikan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa. Saya telah mengarahkan insiden malam tadi disiasat secara menyeluruh dan telus. Sekiranya didapati petugas bertindak di luar batas dan peraturan, tindakan paling tegas akan diambil mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Prabowo turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan berlebihan pasukan keselamatan ketika mengawal demonstrasi yang bertukar ganas, menyaksikan pertembungan antara penunjuk perasaan dan pihak polis.

Difahamkan, peserta demonstrasi bertindak melempar batu dan mercun, manakala pihak polis membalas dengan gas pemedih mata serta meriam air.

Sehingga pagi Jumaat, beberapa kawasan di Jakarta termasuk markas briged polis bergerak (BRIMOB) di Kwitang, Jakarta Pusat, masih tegang apabila ratusan penunggang e-hailing berhimpun menuntut keadilan atas kematian Affan, 21 tahun.

Mangsa dilaporkan maut selepas dilanggar kenderaan taktikal polis ketika kekecohan berlaku, sekali gus mencetuskan gelombang protes baharu menuntut pihak bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

BACA JUGA:  Jangan guna alasan OKU, Akmal Saleh gesa tindakan tegas babit Jalur Gemilang terbalik
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...