Rabu • 28 Januari 2026

PFA dipecat daripada ahli gabungan FAM berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dipecat sebagai ahli gabungan badan induk bola sepak negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, keputusan itu dibuat selepas PFA gagal menyelesaikan konflik dalaman mengikut tempoh akhir yang telah ditetapkan.

“Pertamanya, FAM hari ini telah buat keputusan untuk memecat PFA sebagai ahli gabungan berkuat kuasa serta-merta.

“Ini setelah kita beri tempoh enam bulan untuk mereka menyelesaikan atau mengatasi masalah-masalah sebelum ini, namun tempoh tersebut sudah pun berakhir,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Keempat Exco FAM bagi penggal 2025-2029, semalam.

Menurut Mohd. Yusoff, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kelab atau pasukan dari Perlis yang kini beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro kerana penyertaan mereka tidak mendapat kelulusan daripada PFA.

“Dari segi pertandingan, untuk liga, pasukan yang mewakili Perlis tidak akan terkesan kerana sebelum ini pun ia tidak beroperasi di bawah PFA.

“PFA sendiri sebenarnya telah digantung sejak tahun 2019,” jelasnya.

Untuk rekod, FAM pada Disember tahun lalu menggantung PFA sebagai ahli gabungan selepas gagal menjelaskan tunggakan gaji serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepaknya, Matt Holland, yang berjumlah lebih RM998,000 seperti yang diarahkan oleh FIFA.

BACA JUGA:  Palace rangkul piala Perisai Komuniti 2025 tewaskan Liverpool
spot_img

TRENDING

Pelajar UiTM bawa Malaysia jadi tumpuan produksi filem Asia Tenggara

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya...

Lori gerak sendiri rempuh lima kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang diparkirkan di bahu jalan...

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...