Hujan suntik semangat Harimau Malaya dengan ‘Demi Lencana Di Dada’

KUALA LUMPUR – Bagi kumpulan Hujan, muzik kali ini bukan sekadar karya hiburan, sebaliknya menjadi amanah besar untuk menyatukan rakyat dan membakar semangat seluruh negara di belakang skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

Itulah misi yang dibawa melalui single terbaharu mereka berjudul Demi Lencana Di Dada, yang dilancarkan hari ini sebagai lagu rasmi Harimau Malaya.

Vokalisnya, Mohammad Noh Salleh atau Noh berkata, pengalaman membawakan lagu tersebut amat berbeza kerana ia menuntut kesungguhan untuk menyalurkan semangat perjuangan dan kebanggaan terhadap pasukan negara.

“Lagu ini bukan sekadar melodi, tetapi simbol pengorbanan dan harapan seluruh rakyat Malaysia. Kami perlu pastikan setiap bait lirik dan nada dapat dirasai oleh pemain dan penyokong, sama ada di stadium atau di rumah,” katanya.

Menurut Noh, bola sepak telah lama menjadi sebahagian daripada jiwa rakyat Malaysia, justeru peluang menyanyikan lagu rasmi Harimau Malaya dianggap satu penghormatan besar buat Hujan.

“Bola sepak punya kuasa menyatukan kita tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Besar harapan kami agar pasukan negara terus maju dan mengukir kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa,” jelasnya.

Projek pembikinan lagu itu mula digerakkan sejak Februari lalu bagi memastikan mesej serta kualitinya benar-benar memberi kesan kepada pendengar.

Sebagai simbol pelancaran rasmi, Demi Lencana Di Dada diperdengarkan buat kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini sempena perlawanan persahabatan Malaysia menentang Singapura. Lagu itu juga akan dimainkan dalam aksi seterusnya menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 8 September.

Lagu berkenaan boleh distrim di semua pelantar digital bermula 5 September, manakala lirik video turut dimuat naik ke saluran YouTube Warner.

BACA JUGA:  Menang 5-0, Johor isytihar cuti peristiwa sempena kejayaan JDT
Adam Taqiuddin
Adam Taqiuddin
adamtaqiuddin@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...