Khamis, 20 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
NasionalBelia bakal terima 'berita gembira', Anwar beri bayangan inisiatif baharu menjelang Hari...

Belia bakal terima ‘berita gembira’, Anwar beri bayangan inisiatif baharu menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Golongan belia dijangka menerima suntikan baharu daripada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan satu atau dua inisiatif khas untuk mereka akan diumumkan sempena sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.

Anwar berkata, cadangan serta pandangan golongan muda sedang diteliti bagi memastikan langkah yang bakal diperkenalkan benar-benar memenuhi keperluan dan cabaran yang dihadapi mereka.

Menurut beliau, kerajaan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan langkah terbaik demi kepentingan golongan belia, terutama dalam aspek yang memerlukan sokongan dan perhatian kerajaan.

“Insya-Allah saya dengar dan teliti. Ada keupayaan kita akan lakukan yang terbaik untuk belia.

“Mungkin saya akan umum satu atau dua inisiatif bagi golongan itu nanti,” katanya ketika Sesi Temu Anwar pada Himpunan Anak Muda (Hamka) Antarabangsa 2026, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman itu menjadi antara beberapa detik penting yang bakal dimanfaatkan kerajaan untuk memperkenalkan langkah baharu berkaitan pembangunan serta kebajikan rakyat.

Anwar berkata, selain sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, beliau dijadualkan berada di Kuching, Sarawak bagi sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Katanya, pembentangan Belanjawan 2027 yang dijadualkan pada awal Oktober juga akan menjadi satu lagi platform penting untuk kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif.

“Tiga tempoh itu akan menjadi antara waktu penting bagi kerajaan mengumumkan langkah pembangunan dan kebajikan rakyat termasuk belia,” ujarnya.

Perkembangan itu dijangka menjadi tumpuan golongan muda yang kini menantikan pendekatan baharu kerajaan dalam menangani keperluan serta aspirasi mereka.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-