Revolusi Harimau Malaya kekal rekod tanpa kalah lepas tewaskan Singapura 2-1

KUALA LUMPUR – Revolusi skuad Harimau Malaya terus mencuri tumpuan apabila mengekalkan rekod tanpa kalah pada tahun ini selepas menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Skuad negara kendalian Peter Cklamovski menurunkan kesebelasan terbaik dengan Arif Aiman Hanapi, Joao Figueiredo dan Endrick dos Santos mengetuai jentera serangan.

Arif Aiman mempamerkan kelincahan awal dengan rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.

Dominasi Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Stuart Wilkin membuka jaringan pada minit ke-26 selepas menerima hantaran Endrick. Pada separuh masa kedua, Figueiredo menambah jaringan kedua pada minit ke-56, menegaskan keunggulan Harimau Malaya.

Bagaimanapun, pasukan pelawat yang menduduki ranking ke-159 dunia cuba merapatkan kedudukan, dan berjaya melakukannya melalui rembatan jarak jauh Ilhan Fandi pada minit ke-72.

Tersentak dengan gol tersebut, Cklamovski membuat rombakan dengan memasukkan Romel Morales bagi mengekalkan kelebihan. Morales mempunyai peluang satu lawan satu tetapi percubaannya berjaya diselamatkan Izwan Mahbud.

Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad negara dalam empat perlawanan kompetitif rasmi tahun ini.

Skuad negara dijadualkan bertolak ke Johor Bahru bagi mengharungi aksi menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin depan.

BACA JUGA:  Adami Hairi terkejut nama terpalit isu lelaki pakai ‘make-up’
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...