KUALA LUMPUR – Suami kepada penyanyi dan pelakon, Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang Ahad.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Amyza menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS).
“Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, pengurus Amyza yang dikenali sebagai Farid turut berkongsi perkembangan sama dan memaklumkan mereka masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak doktor.
“Assalamualaikum, kepada rakan media dan wartawan yang masih menunggu update berkenaan suami kepada Amyza Aznan.
“Kami akan update sebarang info dalam masa terdekat setelah merujuk kepada pihak doktor. Terima kasih,” katanya.
Untuk rekod, Amyza sebelum ini pernah memaklumkan terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suaminya selepas Khairil ditidurkan akibat mengalami sesak nafas pada Disember 2023.
Khairil juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 selepas mengalami serangan jantung.
Perkembangan terkini itu sekali gus mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis yang mengikuti keadaan kesihatan suami Amyza.
Sehingga kini, keluarga masih menunggu perkembangan lanjut daripada pihak doktor dan sebarang maklumat baharu dijangka dikongsikan dari semasa ke semasa.

