“Nak jadi model minat saja tak cukup, ilmu itu penting” – Loy

PUTRAJAYA – Dunia peragaan tanah air kini semakin berkembang dengan kehadiran lebih banyak jenama tempatan dan penganjuran pertunjukan fesyen yang memberi peluang luas kepada generasi baharu, terutamanya golongan Gen Z.

Bagi model berpengalaman, Loy, atau nama sebenarnya Danial Farhan, industri ini sebenarnya semakin terbuka kepada bakat baharu, namun beliau menegaskan bahawa minat semata-mata tidak mencukupi untuk bertahan lama.

“Dulu saya pun masuk dunia modelling tanpa ilmu. Tapi bila kita minat, kita akan study, kita akan buat research. Tak ada alasan untuk tidak tahu apa-apa. At least kena ada basic. Kalau tidak, susah nak pergi jauh,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Menurut Loy, isu bentuk badan dalam dunia peragaan sering menjadi perdebatan, namun baginya ia bergantung pada keperluan runway dan juga sesi penggambaran.

“Kalau terlalu kurus atau terlalu berisi, kadang tak sesuai untuk runway. Tapi untuk photoshoot, ia masih boleh diterima. Yang penting ada ‘cutting’ dan gaya tersendiri. Malah, sekarang designer pun sudah mula buka peluang kepada model plus size. Semua bergantung pada konsep,” jelasnya.

Ditanya mengenai persaingan dalam industri, Loy mengakui ia memang sengit tetapi melihat perkara itu sebagai cabaran positif. Tambah Loy, keyakinan diri adalah kunci utama untuk menembusi dunia fesyen.

“Ramai nak jadi model sekarang, tapi platform pun banyak. Social media macam TikTok, Instagram, itu tempat korang boleh tunjuk bakat. Kalau betul-betul minat, fight saja. Jangan tunggu orang suap peluang,” ujarnya.

“Confident itu penting. Dulu saya tak pernah rasa nak jadi model pun. Tapi bila cuba, saya sedar sebenarnya boleh. Asal orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? So, kena berani,” katanya.

Meskipun ada tanggapan kerjaya sebagai model tidak menjamin masa depan, Loy percaya ia bergantung pada usaha dan strategi individu.

BACA JUGA:  Kakak pelakon popular direman, syabu ditemui dalam beg silang

“It depends. Ada yang buat full time, ada yang part time. Yang penting effort. Social media feed, gambar, gaya, semua itu dinilai. Dari situ job boleh datang. Tapi jangan lupa ilmu. Runway bukan sekadar minat, ia perlukan knowledge,” tegasnya.

Bagi Loy sendiri, meskipun sudah berstatus model berpengalaman, beliau tetap hadir ke sesi casting kerana percaya ia sebahagian daripada proses dan bukti kesungguhan.

“Jangan rasa diri superstar. Even kawan-kawan model saya yang dah berjaya pun masih turun casting. Itu normal. Casting tetap penting,” katanya.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...