Jumaat | 19 Disember 2025

Sukan SEA 2025: Skuad skuasy negara sapu bersih pingat emas

BANGKOK – Skuad skuasy negara menutup tirai saingan Sukan SEA Thailand 2025 dengan prestasi cemerlang apabila berjaya menyapu bersih keempat-empat pingat emas yang ditawarkan pada edisi ke-33 ini.

Pada aksi terakhir di Kolej Vajiravudh hari ini, Malaysia menegaskan statusnya sebagai kuasa besar skuasy rantau ini apabila Sanjay Jeeva melengkapkan kutipan emas keempat menerusi acara perseorangan lelaki.

Dalam perlawanan akhir sesama sendiri, Sanjay yang merupakan pilihan utama kejohanan, bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk menewaskan rakan sepasukannya, Duncan Lee, dengan keputusan 6-11, 11-6, 11-5, 11-4.

Sebelum itu, Noor Ainaa Amani Ampandi menepati ramalan untuk meraih emas perseorangan wanita apabila menewaskan rakan sepasukan, Yee Xin Ying, 11-7, 12-10, 8-11, 11-4 dalam pertarungan yang berlangsung selama 35 minit.

Kejayaan hari ini melengkapkan dua pingat emas yang telah dimenangi skuad negara pada Rabu lalu melalui acara beregu jumbo lelaki dan campuran. Harith Danial Jefri menjadi wira dengan menyumbang kedua-dua pingat emas itu. Dalam acara campuran, beliau bergandingan bersama Sehveetrraa Kumar untuk menewaskan pasangan Filipina, Jonathan Reyes dan Aerra JC Mae Relano, 11-5, 11-2.

Momentum diteruskan Harith apabila bergandingan dengan Low Wa Sern dalam acara beregu jumbo lelaki menewaskan wakil Filipina lain, Jonathan Reyes dan Christopher Buraga, 11-4, 8-11, 11-5.

Dengan kejayaan ini, skuad skuasy negara menamatkan saingan dengan pungutan keseluruhan empat pingat emas dan dua perak, sekali gus menegaskan dominasi Malaysia dalam sukan ini di peringkat rantau.

BACA JUGA:  Hafizh Syahrin pastikan "Negaraku" berkumandang di Buriram, rampas takhta juara ASB1000
spot_img

TRENDING

Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50...

Sukan SEA 2025: Skuad kejar-mengejar lelaki hadiahkan pingat keramat ke-200 buat Malaysia

BANGKOK - Skuad basikal kejar-mengejar berpasukan lelaki negara menghadiahkan...

USM eratkan sinergi media, perkukuh jambatan ilmu kepada masyarakat

GEORGE TOWN – Dalam landskap maklumat yang semakin pantas...

Sukan SEA 2025: Miki raih emas lepas berjaya ‘tumbangkan’ Thailand

BANGKOK - Biarpun baru berusia 16 tahun, Muhammad Mikail...

Tiga kemenangan dipadam, FIFA ‘hentam’ Harimau Malaya

KUALA LUMPUR - Tiga kemenangan yang sebelum ini membangkitkan...