Jumaat | 19 Disember 2025

USM eratkan sinergi media, perkukuh jambatan ilmu kepada masyarakat

GEORGE TOWN – Dalam landskap maklumat yang semakin pantas dan mencabar, Universiti Sains Malaysia (USM) tampil memperteguh peranan media sebagai rakan strategik bagi memastikan ilmu, penyelidikan dan pencapaian universiti dapat disampaikan secara berkesan kepada masyarakat.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, media bukan sekadar saluran penyampai berita, sebaliknya berfungsi sebagai penghubung utama antara “menara ilmu” universiti dan denyut nadi masyarakat.

“Melalui laporan yang berintegriti dan seimbang, media membantu memastikan ilmu yang dijana universiti dapat difahami, dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat lebih luas,” katanya ketika berucap pada majlis Rentak Media@USM yang berlangsung di Anjung Jannatun, malam tadi.

Beliau berkata, sokongan konsisten pengamal media dalam melaporkan inisiatif, penyelidikan dan kejayaan USM secara tidak langsung menyumbang kepada pemerkasaan pendidikan tinggi serta memperluas impak ilmu kepada pembangunan negara.

Menurutnya, USM kekal komited untuk menjadi rakan yang telus dan responsif kepada media, selain membuka lebih banyak ruang kolaborasi bermakna pada masa depan, selari dengan aspirasi universiti sebagai institusi berteraskan kelestarian dan kecemerlangan akademik.

Sementara itu, Editorial MYBERITA, Nabil Qodri menyifatkan penganjuran majlis berkenaan sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara universiti dan pengamal media.

“Hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan media amat penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat bukan sahaja tepat, tetapi memberi nilai tambah kepada kefahaman awam terhadap isu pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu,” katanya ketika ditemui.

Menurut beliau, pendekatan terbuka USM dalam menghargai peranan media wajar dicontohi kerana ia mencerminkan kesediaan universiti untuk bergerak seiring dengan keperluan masyarakat dan ekosistem maklumat semasa.

Majlis malam penghargaan itu turut diserikan dengan sesi penyampaian penghargaan kepada organisasi media serta persembahan hiburan yang turut menghimpunkan lebih 50 orang pengamal media dari pelbagai agensi di Pulau Pinang.

BACA JUGA:  Program komunikasi berkualiti MYBERITA hidupkan minat wartawan cilik SK Panchor

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil MYBERITA, wartawan hiburan MYBERITA Nurazmin Afza serta Ashrul Aizad, sekali gus mencerminkan hubungan rapat dan sokongan berterusan organisasi media terhadap agenda pendidikan tinggi negara.

spot_img

TRENDING

Sukan SEA 2025: Skuad skuasy negara sapu bersih pingat emas

BANGKOK - Skuad skuasy negara menutup tirai saingan Sukan...

Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50...

Sukan SEA 2025: Skuad kejar-mengejar lelaki hadiahkan pingat keramat ke-200 buat Malaysia

BANGKOK - Skuad basikal kejar-mengejar berpasukan lelaki negara menghadiahkan...

Sukan SEA 2025: Miki raih emas lepas berjaya ‘tumbangkan’ Thailand

BANGKOK - Biarpun baru berusia 16 tahun, Muhammad Mikail...

Tiga kemenangan dipadam, FIFA ‘hentam’ Harimau Malaya

KUALA LUMPUR - Tiga kemenangan yang sebelum ini membangkitkan...