Dua maut rentung dalam kemalangan di Plaza Tol Jitra

JITRA – Dua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung selepas kereta yang mereka naiki terbalik dan terbakar dalam satu kemalangan di Plaza Tol Jitra, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.05 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota BBP Jitra bergegas ke lokasi kejadian dan dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta dipercayai jenis Honda Civic FD terbalik dan terbakar dengan api yang marak.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.23 pagi sebelum kerja-kerja pemotongan kenderaan dijalankan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tahap kemusnahan kereta berkenaan dianggarkan sekitar 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan dua mangsa berada di dalam kenderaan dalam keadaan rentung.

“Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut diserahkan kepada pihak polis,” ujarnya.

BACA JUGA:  Kilang kitar semula di Bangi terbakar, musnah 70 peratus
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...