Selasa | 13/10/2026 | 12:52:33 pm
HomeTerkini16 minit operasi tergendala, penumpang pitam jatuh ke landasan LRT Hang Tuah

16 minit operasi tergendala, penumpang pitam jatuh ke landasan LRT Hang Tuah

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang berdepan detik cemas apabila dipercayai pitam sebelum hilang imbangan dan terjatuh ke kawasan landasan di Stesen Hang Tuah, Laluan Ampang/Sri Petaling, petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.36 petang itu, tindakan pantas pasukan Polis Bantuan Rapid KL bersama petugas stesen berjaya menyelamatkan mangsa sebelum diberikan rawatan awal di bilik kecemasan stesen.

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan keselamatan segera dijalankan sejurus insiden berlaku bagi memastikan keadaan landasan selamat sebelum perkhidmatan disambung semula.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|